Posts

Showing posts from 2020

DISKRIMINASI TRHADAP PENCARI KERJA

Image
Pusat Penyelidikan Swasta, Centre For Governance and Political Studies (Cent-GPS) telah menyatakan bahawa wujud unsur diskriminasi dalam pencarian kerja khususnya berdasarkan warna kulit pemohon. Berdasarkan kajian tersebut, seseorang pencari kerja yang berbangsa Melayu dan India didakwa menjadi faktor utama kesukaran memperolehi pekerjaan. Namun begitu, diskriminasi yang berlaku ke ts pencari kerja dan juga pekerja bukan sahaja melalui bangsa malah, juga berdasarkan kepada jantina, agama, ketidakupayaan, status perkhawinan, kehamilan dan Bahasa. Isu diskriminasi terhadappencari kerja dan pekerja menjadi topik yang semakin hangat yang diperkatakan susulan berita mengenai beberapa rangkaian hotel antarabangsa yang melarang pekerja wanita beragama Islam di bahagian khidmat pelanggan untuk tidak mmakai tudung ketika sedang bekerja. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat isu diskriminasi yang besar di tempat kerja. Pihak yang tertindas juga terlepas peluang dalam memperoleh pekerjaan...

KEPUPUSAN PEKERJAAN

Image
Menjelang tahun 2022, dunia bakal kehilangan hampir 75 juta jenis pekerjaan dan 133 juta pekerjaan baharu akibat daripada perkembangan teknologi. Laporan pekerjaan masa hadapan 2018 yang dirumuskan berdasarkan world economic forum dalam persidangan di Switzerland tahun lalu. Kebanyakanpekerjaan bakal pupus membabitkan beberapa kerja rutin seperti perkeranian, pentadbiran serta pekerja pemasangan dan kilang merangkumi kerani kemasukan data, setiausaha, akuantan dan juruaudit. Pekerjaan tersebut bakal diambil alih oleh pasaran baharu dan perkembangan teknologi baharu yang berasaskan teknologikecerdasan buatan (AI), digital, robotik dan teknologi baharu. Kesan dan trend ang berlaku dilalui ke atas semua rantaian pekerjaan di seluruh dunia. Sumber: Salman Hamat Amir Abd Hamid, Muhammad Saufi Hassan Dan Mahaizur Abd Malik. 2020. 75 Juta Kerja Bakal Pupus. Harian Metro. 7 Jun 2020.

PENGURUSAN KERJAYA

Image
Pengurusan kerjaya merupakan satu proses berterusan yang melibatkan persediaan, perlaksanaan dan pemantauan pelan kerjaya yang telah dibentuk oleh seseorang individu sanaada secara bersendiri atau pun selari dengan sistem kerjaya organisasi. Menurut Abdul Rahum Abdul Rashid (2006) pengurusan kerjaya merupakan suatu usaha secara sedar dan sistematik dalam merancang dan memantau perjalanan kerjaya oleh individu atau organisasi untuk mencapai matlamat oganisasi.             Menurut Sonia Blanfold (2004) terdapat beberapa kepentingan pengurusan kerjaya seperti memberi dorongan dan rangsangan kepada pemikiran yang positif dan berkeperibadian tinggi serta mulia. Pendedahan terhadap teknik-teknik dan skill yang boleh diguna pakai dlam melaksanakan tugasan harian dan berhadapan dengan cabaran semasa. Tahap dedikasi kerja yang tinggi, berkesan, berkemampuan dan brkebolehan dalam menjalankan tanggungjawab dan tugasan. Selain itu, pen...

HUBUNGAN MOTIVASI PEMBELAJARAN DENGAN PEMBANGUNAN KERJAYA

Image
Kegiatan ekonomi kini telah mengarah kepada percambahan ilmu dan dikendalikan secara ilmiah yang menggantikan kegiatan berupa industri pemasangan dan komoditi yang telah tertinggal (Beck 1995). Kemampuan individu untuk menerokai bidang ilmu pembelajaran semakin meningkat dan menarik ramai orang untuk mempelajarinya. Cappelli , Clarke dan Clegg, Parker (2000) menganjurkan dari hanya bergantung kepada latihan yang formal dan panduan dari atasan individu perlu untuk membina kemampuan sendiri melalui pembelajaran kendiri atau pengalaman yang dilalui sepanjang penugasan atau persekitaran sosial. Pembelajaran terhasil dari dua cara iaitu melalui cara pertama apabila dipengaruhi oleh pengalaman hasil dari kerja dan aktiviti yang dibuat dan kedua melalui pembelajaran kendiri (self directed learning) atau tindakan lebih awal oleh individu terhadap motivasi ilmu ( Kolb 2001).            Hovliaras (2007) menganjurkan arah dan hala tuju untuk laluan kerjaya adal...

HUBUNGAN PERSONALITI PROAKTIF DENGAN PEMBANGUNAN KERJAYA

Image
Perubahan, peningkatan atau penambahbaikan di dalam kerjaya merupakan satu bentuk pembangunan kerjaya. Ini terbentuk dari sikap atau gelagat keinginan untuk berubah dan merupakan salah satu dimensi proaktif. Bateman dan Crant (1993) menegaskan bahawa personaliti proaktif adalah hasil dari penyusunan semula tindakan. Crant (1995) menyatakan personaliti proaktif ini adalah sikap yang mampu memberi kesan perubahan kepada persekitaran tanpa di batas oleh kekangan situasi dan mempunyai kekuatan tersendiri. Kajian juga mendapati individu yang proaktif akan bertindak mempelajari apa-apa perubahan kerana mereka akan mampu mengenal pasti dan mengambil peluang melakukan satu perubahan yang menguntungkan mereka (Seibert 1999). Beliau juga menegaskan bahawa individu yang tidak mempamerkan personaliti proaktif akan lebih reactive dan hanya mampu berada pada tahap status quo di dalam kontak kerjaya mereka . Seibert, Kraimer dan Crant (2001) menyatakan bahawa kajian yang dibuat menunjukkan pe...

PEMBANGUNAN KERJAYA

Image
Aktiviti yang berterusan dalam meningkatkan atau mengubah kerjaya sehingga terhasil kepuasan kerjaya dinyatakan sebagai pembangunan kerjaya. McDanieals dan Gysbers (1992) mendefinisikan pembangunan kerjaya sebagai rangkuman faktor psikologi, sosiologi, pengetahuan, fizikal, ekonomi dan keinginan untuk berubah membentuk kerjaya individu tersebut bagi sepanjang kehidupannya. Bernes dan Magnusson (1996) membuat definisi berkenaan pembangunan kerjaya adalah proses untuk mencapai pengkhususan dalam kerjaya dan memenuhi hasrat organisasi, termasuklah menyediakan maklumat kerjaya kepada pekerja, membantu pekerja mengenali motivasi dalam peluang kerjaya, menggalakkan pencapaian kepuasan kerja dan membaiki produktiviti kerja pekerja. Watts (2003) menyatakan pembangunan kerjaya adalah proses berterusan yang bersangkutan dengan kerja dan pembelajaran. Sebagaimana proses itu berlaku ianya akan menentukan tahap dan kualiti individu tersebut tentang tujuan ia bekerja, ganjaran yang d...

PERBEZAAN ANTARA KERJA & KERJAYA

Image
1. KEBANYAKAN KERJA MEMBOSANKAN Apabila anda bekerja untuk sesuatu yang anda tidak suka, anda akan banyak menghabiskan masa melihat jam, menghitung detik waktu yang berjalan sehinggalah tamat waktu kerja anda. Satu perbezaan yang amat ketara apabila anda bekerja dalam bidang yang anda betul-betul minati. Apabila anda meluangkan masa untuk mengerjakan apa yang anda betul-betul mahir, anda akan tidak sedar seakan waktu berjalan dengan begitu pantas. Disebabkan ianya adalah sesuatu yang anda minati, anda akan cuba untuk meningkatkan prestasi diri dan syarikat.   Perbezaan di antara kerja dan kerjaya, kerja membuatkan anda merasa cepat bosan dan selalu rasa mengantuk. Manakala, kerjaya memberikan anda rasa bahagia sehingga segala pekerjaan anda akan terhasil dengan sempurna dan sepenuh hati. 2. UNTUK JANGKA MASA YANG PANJANG Pernahkah anda bertanya dengan diri anda, adakah anda bekerja untuk jangka masa yang singkat atau untuk jangka masa yang lama? Jika anda memilih untuk...

CABARAN KERJAYA GOLONGAN KURANG UPAYA

Image
Golongan OKU perlu bersedia menerima sebarang cabaran dan menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu bidang kerjaya yang ingin diceburi. Hal ini memerlukan golongan OKU meningkatkan kualiti dan imej diri, menunjukkan sikap tanggungjawab, sentiasa merebut peluang untuk maju, tidak mudah tersinggung dan malu. Golongan ini juga perlu berusaha supaya sentiasa produktif, berdisiplin, mengikis dan mengubah sikap supaya tidak sentiasa menyerah kepada takdir dan menunjukkan kemahiran dalam sesuatu bidang yang dikuasai seperti orang lain. Mereka juga perlu bersikap lebih berani dan terbuka dalam pemikiran bagi menerima cabaran baru jika ingin meraih kejayaan. Bidang kerjaya yang diceburi lebih luas iaitu melibatkan semua golongan masyarakat dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu kumpulan minoriti sahaja. Sikap ingin bersama-sama rakan senasib harus dikikis. Tahap kepercayaan keupayaan diri yang gitu harus diterapkan dalam diri setiap golongan bermasalah ini. Mereka perlu berfikiran terbuk...

TEKANAN MENTAL DALAM BEKERJA

Image
Bagi individu yang bekerja, sebahagian besar kehidupan dipenuhi dengan masa bekerja. Peranan di tempat kerja merupakan satu keutamaan bagi sesetengah golongan yang bekerja, manakala rumahtangga atau keluarga menjadi keutamaan kedua. Tidak dapat dinafikan kepentingan pekerjaan bagi seseorang, bukan sekadar faktor ekonomi tetapi pekerjaan menetapkan status sosial bagi seseorang individu. Oleh itu, kejayaan seseorang dalam pekerjaannya sering dianggap sebagai satu faktor kejayaan dalam kehidupan. Sebaliknya kegagalan dalam kerjaya dianggap   kegagalan dalam kehidupan. Masalah yang dihadapi individu di tempat kerja akan membawa kepada tekanan, kerana pekerjaan merupakan sebahagian besar kehidupan seseorang individu. Tekanan kerja yang tinggi juga boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan kekeluargaan (Rohany, 2003).  Melalui kajian oleh Mohd Awang, Dollard dan Wine Field, (2010) mendapati majoriti responden yang dikaji (77%) bersetuju tekanan dalam pekerjaan te...

MODUL KESEDIAAN KERJAYA BERDASARKAN TEORI COGNITIVE INFORMATION PROCESSING (CIP)

Perkembangan  pendidikan  tinggi  dan  kerjaya  dalam  abad  ke-21  ini berkisar tentang  perbincangan   mengenaipengetahuan,  kemahiran  dan  keupayaan graduan  bagi  memenuhi  keperluan  pasaran  pekerjaan.Pendidikan  tinggi adalah  merujuk  kepada  kurikulum  standard  yang  digunapakai  untuk menyediakan  pelajar  dalam  sesuatu  tempoh jangka  masa  latihan  yang menekankan pengetahuan dan sesuatu  kemahiran. Sementara keperluan pasaran  pekerjaan pula dipengaruhi oleh faktor ekonomi, sosial dan persaingan.Akhir-akhir ini telah diakui dan disahkan graduan yang dilahirkan  kurang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh  pasaran pekerjaan (Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara, IPPTN, 2003; Ismail, 2012;Ishak Yussof, Ismail Rahmah, & Robiah Sidin, 2008). Isu gradu...

MODEL HEXAGON (MODEL KERJAYA)

M odel Hexagon mempunyai perhubungan secara psikologi diantara jenis-jenis personaliti ini. Sesetengah jenis personaliti mempunyai sebahagian daripada ciri-ciri personaliti yang lain dan seseorang individu itu mungkin dapat digolongkan ke dalam jenis personaliti yang terdiri daripada satu dan lebih mengikut susunan model hexagon. Mengikut Holland (1973, 1985) terdapat tiga tujuan model hexagon terhadap teorinya iaitu model hexagon dapat menerangkan darjah ketekalan pola personaliti seseorang individu. Dengan menggunakan profil yang diperolehi daripada skor-skor VPI, SDS dan SDS-E, salah satu daripada tiga tahap ketekalan dapat ditentukan dengan cara mengambil dua skor skala yang tertinggi. Bagi Holland (1973, 1985) tahap ketekalan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Pola personaliti yang bersebelahan mengikut susunan hexagon dianggap mempunyai tahap ketekalan yang tinggi ( R-I, I-A, A-S, S-E, E-K, K-R dan lain-lain), manakala pola personaliti yang berte...

TEORI KERJAYA HOLLAND

1) Realistik- Orang Jenis Praktikal (Kemahiran Pertukangan Dan Mekanikal) Antara orang yang jenis pratikal ini memiliki ciri-ciri seperti stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal. Ciri orang seperti ini lebih meminati aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan. Namun begitu, golongan yang mempunyai minat dan ciri pratikal ini tidak menyukai aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain. Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek dapat dilakukan dengan memiliki kebolehan dan kemahiran serta sangat sesuai dalam pekerjaan seperti pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pe...

MASALAH PEMILIHAN KERJAYA

Image
Antara masalah dalam pemilihan kerjaya apabila seseorang individu kurang berkebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjaya yang bersesuai dengannya adalah disebabkan oleh mempunyai minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat tentang sesuatu pekerjaan yang terdapat di sekelilingnya. Golongan seperti ini tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehan yang ada pada dirinya sehingga pilihan yang dibuat tidak selari dengan ciri-ciri yang ada pada dirinya. Individu tersebut mengalami kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan yang terdapat di seluruh dunia sehingga sukar untuk menentukan minat serta kebolehannya dalam menguruskan kehidupannya berkaitan pemilihan kerjaya. Sumber;  Laman Kerjaya, Universiti Pendiidikan Sultan Idris Shah https://lamankerjaya.blogspot.com/2011/11/pemilihan-kerjaya.html

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA

Image
Antara strategi utama untuk seseorang itu memilih jenis kerjaya dalam proses kehidupan harian adalah dengan mengenalpasti ciri-ciri individu tersebut dalam pelbagai krakter termasuklah seperti personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu. Hal ini demikian kerana aspek atau ciri seperti ini amat penting kepada setiap individu dalam mengenal potensi yang ada pada diri sendiri dalam pengurusan serta pemilihan kerjaya yang betul dan tepat. Hal ini sangat penting dalam membantu seseorang individu untuk terus kekal dalam sesuatu kerjayanya. Selain itu, seseorang individu juga harus mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan yang semakin mendapat tempat dalam pertumbuhan ekonomi. Hal ini demikian kerana pekerjaan yang semakin popular dalam pertumbuhan ekonomi dapat membantu seseorang pekerja meningkatkan taraf hidup dan pendapatan isi rumanhya secara kesseluruhan. Dalm erti kata lain, seseorang individu yang sedang mencari peluang pekerjaan perlu mempersiapkan ...

KONSEP PEMILIHAN KERJAYA

Image
Seseorang i ndividu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya untuk kesinambungan hidup. Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan yang diceburi dan diminatinya. Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah minat antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Sumber: Laman Kerjaya, Universiti Pendiidikan Sultan Idris Shah https://lamankerjaya.blogspot.com/2011/11/pemilihan-kerjaya.html

ASPIRASI KERJAYA !

Image
Sesuatu aspirasi kerjaya boleh dicapai jika seseorang pelajar itu mula memahami tentang minat dan keupayaan dirinya serta mempunyai matlamat yang jelas tentang masa depan. Keadaan ini penting untuk memastikan seseorang sentiasa fokus dan berada di laluan yang betul dalam mencapai aspirasi kerjaya. Aspirasi kerjaya ini penting kerana ia merupakan titik permulaan dalam pemilihan kerjaya seseorang individu dan bakal menentukan masa depan mereka. Pemilihan kerjaya yang menepati kehendak, minat, bakat, kebolehan dan kelayakan seseorang bukanlah sesuatu yang mudah. Tidak dapat dinafikan bahawa jenis pekerjaan yang dipilih akan mempengaruhi konsep kendiri, nilai, kesejahteraan dan kepuasan hidup seseorang individu (Raman, 2000). Menurut Lueptow 1981 di dalam kajian Zakaria & T. Subahan (1999), aspirasi kerjaya ditakrifkan sebagai pekerjaan yang dikehendaki oleh seseorang sekiranya diberi kebebasan memilih. Ia merupakan cita-cita seseorang terhadap sesuatu pekerjaan tanpa meng...

KERJAYA 'KOLAR BAHARU' DI MALAYSIA

Image
Kebiasaannya kira sering mendengar pekerjaan atau kerjaya yang dikategorikan kolar biru dan kolar putih bagi menggambarkan tahap atau status pekerjaan kepada seseorang individu. Namun begitu, masih terdapat pekerjaan baharu yang kini digelar sebagai “kolar baharu" Kerjaya kolar baharu seperti tukang paip, juruelektrik dan tukang gunting rambut mungkin dianggap kerjaya kelas kedua pada waktu dahulu tetapi tidak lagi sekarang. Permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga mahir bidang itu mengangkatnya ke satu tahap yang harus dibanggakan. Bidang kolar baharu ini akan menjadi satu peluang yang perlu direbut rakyat dalam memenuhi keperluan pekerjaan di Malaysia. Dengan adanya kemahiran, pekerja mempunyai prospek yang lebih baik, boleh mendapat gaji yang lebih lumayan. sebagai contohnya tukang paip, kita pandang sebagai kerja low class tetapi sekarang kita pula yang perlu buat temujanji dengan mereka. Ia menjadi satu bidang yang sangat specialised. Majalah Forbes pad...