PEMBANGUNAN KERJAYA



Aktiviti yang berterusan dalam meningkatkan atau mengubah kerjaya sehingga terhasil kepuasan kerjaya dinyatakan sebagai pembangunan kerjaya. McDanieals dan Gysbers (1992) mendefinisikan pembangunan kerjaya sebagai rangkuman faktor psikologi, sosiologi, pengetahuan, fizikal, ekonomi dan keinginan untuk berubah membentuk kerjaya individu tersebut bagi sepanjang kehidupannya. Bernes dan Magnusson (1996) membuat definisi berkenaan pembangunan kerjaya adalah proses untuk mencapai pengkhususan dalam kerjaya dan memenuhi hasrat organisasi, termasuklah menyediakan maklumat kerjaya kepada pekerja, membantu pekerja mengenali motivasi dalam peluang kerjaya, menggalakkan pencapaian kepuasan kerja dan membaiki produktiviti kerja pekerja.

Watts (2003) menyatakan pembangunan kerjaya adalah proses berterusan yang bersangkutan dengan kerja dan pembelajaran. Sebagaimana proses itu berlaku ianya akan menentukan tahap dan kualiti individu tersebut tentang tujuan ia bekerja, ganjaran yang didapati dan juga mempengaruhi hubungan sosial dan ekonomi dengan persekitarannya. Watts juga berpendapat perkembangan teknologi dan era globalisasi menjadikan organisasi sekarang perlu kepada perubahan. Individu perlu berubah mengikut perubahan organisasi supaya mereka masih relevan dan boleh diterima bekerja dengan mempunyai keazaman untuk mempelajari kemahiran yang baru.

Pembangunan kerjaya di dalam sektor awam juga mempunyai kepenting sendiri diukur dengan pengaruh sikap dan nilai individu pekerja. Watts (2003) masih mencadangkan bahawa kerjaya di perkhidmatan awam boleh dipertingkatkan dengan tiga aspek. Pertama, kessedaran tentang kepentingan pembelajaran yang berkesan manakala keduanya adalah kepentingasn individu terhadap keberkesnan dalam pasaran kerja dan yang ketiga adalah kepentingan kepada individu yang dapat memberikan sumbangan kepada kesaksamaan, keadilan untuk merebut peluang dan mempromosikan keharmonian sosial. Dengan cara ini, ia dapat membantu individu yang lain mengambil peluang yang ada dengan menaikkan aspirasi mereka untuk maju dalam kerjaya.

Sumber:
Al Mansor Abu Said. 2010. Pengaruh Personaliti Proaktif dan Motivasi Pembelajaran Keatas .Pembangunan Kerjaya. About Research. 

Comments

Popular posts from this blog

MODUL KESEDIAAN KERJAYA BERDASARKAN TEORI COGNITIVE INFORMATION PROCESSING (CIP)

KERJAYA 'KOLAR BAHARU' DI MALAYSIA