KERJAYA 'KOLAR BAHARU' DI MALAYSIA
Kebiasaannya kira sering mendengar
pekerjaan atau kerjaya yang dikategorikan kolar biru dan kolar putih bagi
menggambarkan tahap atau status pekerjaan kepada seseorang individu. Namun begitu,
masih terdapat pekerjaan baharu yang kini digelar sebagai “kolar baharu" Kerjaya
kolar baharu seperti tukang paip, juruelektrik dan tukang gunting rambut
mungkin dianggap kerjaya kelas kedua pada waktu dahulu tetapi tidak lagi
sekarang. Permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga mahir bidang itu
mengangkatnya ke satu tahap yang harus dibanggakan. Bidang kolar baharu ini
akan menjadi satu peluang yang perlu direbut rakyat dalam memenuhi keperluan
pekerjaan di Malaysia. Dengan adanya kemahiran,
pekerja mempunyai prospek yang lebih baik, boleh mendapat gaji yang lebih
lumayan. sebagai contohnya tukang paip, kita pandang sebagai kerja low class tetapi
sekarang kita pula yang perlu buat temujanji dengan mereka. Ia menjadi satu
bidang yang sangat specialised.
Majalah Forbes pada
Januari 2019 melalui artikel New-Collar Workers- Who Are They And How
Are They Contributing To Our Labor Shortage? oleh Scholley
Bubenik memberi tafsiran “kolar baharu” merupakan suatu pekerjaan di mana seseorang individu yang mendapat
kemahiran teknikal dan kemahiran insani yang diperlukan untuk pekerjaan tersebut membabitkan teknologi. Pekerja ini juga tidak mempunyai ijazah daripada kolej,
sebaliknya mendapat latihan daripada institusi seperti kolej komuniti, sekolah
vokasional dan latihan sambil bekerja.
Sumber:
Berita Bernama. 2020. Prospek Cerah Kerjaya ‘Kolar Baharu’ Di Malaysia.
13 Februari.

Comments
Post a Comment