COVID-19: PEKERJA ASING MERANA DI NEGARA ORANG
Sejak
berlakunya penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia menyebabkan sebahagian
besar negara-negara dunia telah mengambil tindakan proaktif bagi membendung
penularan wabak tersebut di negara masing-masing. Krisis global ini juga turut
memberi kesan kepada negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura.
Malaysia dan Singapura yang dianggap negara terkaya di Asia Tenggara yang turut
memiliki pekerja asing yang ramai dan bergantung kepada jutaan pekerja asing
untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pelbagai sektor seperti pertanian,
pembinaan, pembantu rumah dan restoran. Namun sejak perlaksanaan perintah
berkurung atau dikuarantin akibat pandemik Covid-19 ini menyebabkan ratusan
pekerja asing baik di Singapura mahupun Malaysia terpaksa direhatkan dan
dikuarantin daripada melakukan sebarang aktiviti ‘outdoor’ dan aktiviti yang
memerlukan kumpulan manusia yang ramai termasuklah bekerja.
Selain
itu, kira-kira 300,000 rakyat Malaysia yang berulang alik ke Singapura setiap
hari untuk bekerja yang turut membuktikan jalinan ekonmi yang erat antara
kedua-dua negara. Namun begitu, disebabkan penularan wabak Covid-19 ini yang
boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia serta berpotensi besar
meragut jutaan nyawa menyebabkan kedua-dua negara terpaksa melaksanakan
perintah berkurung atau kuarantin terhadap keseluruhan rakyat mereka demi
kebaikan bersama. Oleh itu, pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura mengalami
kesukaran untuk bergerak kerja ke Singapura
Sementara
itu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pula menganggarkan sejumlah 30 peratus
daripada tenaga kerja di Malaysia merangkumi pekerja asing. Bank Dunia 2019
menganggarkan jumlah pekerja asing di Malaysia adalah antara 1.23 juta
termasuklah ribuan pelarian warga Rohingya. Malaysia juga berhadapan dengan
masalah Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) yang mengikut anggaran sesetengah pihak
mungkin menyamai jumlah mereka yang bekerja secara sah di negara tersebut.
Masalah pergerakan pekerja asing dan pelarian ini bukan saja menjadi masalah di
Asia Tenggara malah turut dirasai di seluruh dunia apabila krisis Covid-19
global ini memberi tekanan kewangan kepada hampir semua negara.
Rujukan
Berita Harian. 2020.
Pekerja Asing Merana Ketika ASEAN Memerangi Covid-19. 14 April.

Comments
Post a Comment