TEKANAN MENTAL DALAM BEKERJA



Bagi individu yang bekerja, sebahagian besar kehidupan dipenuhi dengan masa bekerja. Peranan di tempat kerja merupakan satu keutamaan bagi sesetengah golongan yang bekerja, manakala rumahtangga atau keluarga menjadi keutamaan kedua. Tidak dapat dinafikan kepentingan pekerjaan bagi seseorang, bukan sekadar faktor ekonomi tetapi pekerjaan menetapkan status sosial bagi seseorang individu. Oleh itu, kejayaan seseorang dalam pekerjaannya sering dianggap sebagai satu faktor kejayaan dalam kehidupan. Sebaliknya kegagalan dalam kerjaya dianggap   kegagalan dalam kehidupan. Masalah yang dihadapi individu di tempat kerja akan membawa kepada tekanan, kerana pekerjaan merupakan sebahagian besar kehidupan seseorang individu. Tekanan kerja yang tinggi juga boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan kekeluargaan (Rohany, 2003). 

Melalui kajian oleh Mohd Awang, Dollard dan Wine Field, (2010) mendapati majoriti responden yang dikaji (77%) bersetuju tekanan dalam pekerjaan telah meningkat baru-baru ini. Menurut Helvinder (2003) dalam laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terdapat  kira-kira 100 juta orang di dunia tertekan dalam satu-satu masa. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tekanan di pejabat dilabel sebagai ‘penyakit’ abad ke-20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa tekanan ialah Epidemik Dunia. 

Bernama Online dalam laporannya bertarikh 8hb. November 2011 turut melaporkan hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih 8 jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam. Situasi sebegini boleh menyebabkan seseorang berada dalam tekanan dan pastinya banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerja seterusnya bakal memberi kesan kepada kepada kepuasan kerja.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MODUL KESEDIAAN KERJAYA BERDASARKAN TEORI COGNITIVE INFORMATION PROCESSING (CIP)

KERJAYA 'KOLAR BAHARU' DI MALAYSIA

PEMBANGUNAN KERJAYA