KERJAYA ABAD-21



Kepentingan pendidikan tinggi dalam menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan kompeten pada abad 21 ini terus diperkukuhkan Melalui Pelan Induk Pendidiksn Tinggi 2015-2025 yang seiring bergerak Dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (peringkat pra sekolah hingga lepasan menengah) yang telah dilancarkan pada tahun 2013. Tranformasi pendidikan yang berasaskan pemikiran asas tinggi yang telah diterapkan di peringkat pendidikan asas hinggalah pendidikan tinggi dapat memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan jayanya.

Perancangan kerjaya dapat dilakukan dengan mudah seandainya graduan mendapat panduan yang betul mengenai “career planning’’. Semakin banyak maklumat yang diperolehi oleh seseorang berkaitan kerjaya yang dipilih maka akan menjadikan perancangan kerjaya mereka lebih baik. Secara khususnya, membuat perancangan kerjaya memerlukan maklumat tentang pekerjaan yang sedang dipertimbangkan dari pelbagai aspek yang releven seperti pengetahuan, kemahiran, latihan dan sebagainya yang kemudian digabungkan dengan maklumat individu yang mencari pekerjaan iaitu aspek kedua yang tidak kurang pentingnya.

Perancangan kerjaya amat penting kerana pasaran kerja pada masa kini lebih dinamik dan lebih mementingkan kualiti seseorang graduan. Hal ini terjadi adalah ekoran daripada perubahan pesat dalam penggunaan teknologi dan kepelbagaian permintaan keperluan oleh majikan. Sebelum melangkah ke alam pekerjaan graduan perlu membuat persiapan dari pelbagai aspek terutamanya kemahiran insaniah yang diperlukan dan mereka tidak lagi harus bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata. Antaranya kemahiran komunikasi secara berkesan dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritis, keusahawanan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat serta etika dan moral profesional. Justeru itu, graduan harus mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran tambahan agar mereka boleh bersaing di pasaran pekerjaan yang sangat kompetatif. Mereka juga harus sedar bahawa pencapaian akademik semata-mata tidak lagi menjamin mereka untuk mendapat jawatan yang setaraf dengan kelulusan yang mereka peroleh


Sumber: 
UKM Karier
http://www.ukm.my/ukmkarier/kemahiran-kerjaya-abad-ke-21-isu-dan-cabaran-graduan-universiti/

Comments

Popular posts from this blog

MODUL KESEDIAAN KERJAYA BERDASARKAN TEORI COGNITIVE INFORMATION PROCESSING (CIP)

KERJAYA 'KOLAR BAHARU' DI MALAYSIA

PEMBANGUNAN KERJAYA