MODEL HEXAGON (MODEL KERJAYA)
Model Hexagon mempunyai perhubungan secara psikologi
diantara jenis-jenis personaliti ini. Sesetengah jenis personaliti mempunyai
sebahagian daripada ciri-ciri personaliti yang lain dan seseorang individu itu
mungkin dapat digolongkan ke dalam jenis personaliti yang terdiri daripada satu
dan lebih mengikut susunan model hexagon. Mengikut Holland (1973, 1985)
terdapat tiga tujuan model hexagon terhadap teorinya iaitu model hexagon dapat
menerangkan darjah ketekalan pola personaliti seseorang individu. Dengan
menggunakan profil yang diperolehi daripada skor-skor VPI, SDS dan SDS-E, salah
satu daripada tiga tahap ketekalan dapat ditentukan dengan cara mengambil dua
skor skala yang tertinggi. Bagi Holland (1973, 1985) tahap ketekalan dapat
dibahagikan kepada tiga iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Pola personaliti
yang bersebelahan mengikut susunan hexagon dianggap mempunyai tahap ketekalan
yang tinggi ( R-I, I-A, A-S, S-E, E-K, K-R dan lain-lain), manakala pola
personaliti yang bertentangan di dalam hexagon dianggap mempunyai tahap
ketekalan yang paling rendah (R-S, I-E dan A-K). Pola personaliti yang disusun
dengan setiap jenis personaliti yang lain di dalam hexagon membentuk tahap
ketekalan yang sederhana (misalnya, R-A, I-S, A-E, dan lain-lain). Jadual 1.1
Tahap-tahap Ketekalan Holland Tahap ketekalan Pola-Pola Personaliti Tinggi RI,
RK, IR, IA, AI, AI, SA, SE, ES, EK, KE, KR Sederhana RA, RE, IS, IK, AR, AE,
SI, SK, EA, ER, KS, KI Rendah RS, IE, AK, SR, EI, KA.
Seterusnya, model hexagon juga memperjelaskan
ketekalan sesuatu persekitaran dengan cara yang sama. Dalam hal ini, Holland
(1973, 1985) telah menggunakan kaedah menukarkan skor-skor yang diperolehi
daripada pengukuran jenis-jenis personaliti kepada bentuk peratusan untuk
membentuk profil sesuatu persekitaran. Malaha, model hexagon dapat menerangkan
dengan lebih jelas lagi tentang darjah kongruen di antara personaliti dengan
persekitaran. Mengikut Holland (1973, 1985), kedudukan yang paling sesuai bagi
individu yang mempunyai jenis personaliti Sosial (S) ialah apabila ia berada
dalam persekitaran Sosial (S), manakala keadaan yang paling tidak kongruen bagi
seseorang individu yang mempunyai jenis personaliti Sosial (S) ialah apabila
berada dalam model persekitaran Realistik ( R ). Kombinasi dan interaksi yang
kongruen di antara personaliti dengan persekitaran mengikut model hexagon,
dapat menghasilkan beberapa tingkah laku yang boleh dijangkakan seperti
kepuasan, pencapaian dan pertukaran kerja.
Selain itu pengukuran dalam personaliti dibahagikan
kepada dua kaedah utama yang boleh digunakan untuk mengukur jenis-jenis
personaliti seseorang individu, ialah kaedah ujian iaitu dengan menggunakan
mana-mana ujian yang dibina oleh Holland (1985, 1977, & 1973) berasaskan
teori berkaitan. Tiga ujian yang ada ialah Vocational Preference Inventory
(VPI), Self directed Search (SDS), dan My Vocational Siuaston (MVS). Pengguna
menjawab item dalam ujian dan skor ujian akan ditafsir dalam bentuk personaliti
atau minat kerjaya. Di samping itu, pengukuran personaliti dalam bentuk kaedah
temu bual adalah dengan meminta seseorang menyatakan minat mereka, atau
memerhatikan terhadap sesuatu aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
personality dalam kerjaya.
Rujukan
Holland,
J.L. Making Of Vocational Choice: A Theory Of Vocational Personality and Work Environment. (Edisi Kedua). Englewood Cliff. New Jersey: Pentice-Hall
Inc. 1985.
Holland,
J.L., Whitney, D.R., et al. Dalam Holland, J.L. Making Vocational Choices: A
Theory Of Careers. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall, Inc. 1973.
Laman
Kerjaya, Universiti Pendiidikan Sultan Idris Shah
https://lamankerjaya.blogspot.com/2011/11/pemilihan-kerjaya.html
https://lamankerjaya.blogspot.com/2011/11/pemilihan-kerjaya.html
Comments
Post a Comment