Posts

Showing posts from March, 2020

Kerjaya dan Pembandaran

Image
              Kerjaya dan Pembandaran menurut pandangan saya merupakan salah satu hasil daripada impak peluang pekerjaan penduduk di kawasan pembandaran tersebut. Terhasilnya sebuah pembandaran yang pesat dengan kemajuan adalah disebabkan faktor penduduk yang telah berjaya membuka dan memperolehi peluang kerjaya yang lebih baik di kawasan tersebut. Pelbagai kemudahan yang telah disediakan di kawasan bandar juga merupakan hasil kemajuan peluang pekerjaan yang luas sehingga berjaya membawa perubahan yang besar dalam sesebuah pembandaran. Limpahan penduduk di sesebuah bandar telah memberi kesan kepada proses pembandaran.   Menurut Abdul Rahman Embong dalam karyanya Pembandaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia telah menyatakan bahawa usaha pembentukan komuniti di kawasan bandar telah terbentuk dengan utuh dalam kalangan masyarakat bandar. Penghuni bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang memutuskan ...