Posts

DISKRIMINASI TRHADAP PENCARI KERJA

Image
Pusat Penyelidikan Swasta, Centre For Governance and Political Studies (Cent-GPS) telah menyatakan bahawa wujud unsur diskriminasi dalam pencarian kerja khususnya berdasarkan warna kulit pemohon. Berdasarkan kajian tersebut, seseorang pencari kerja yang berbangsa Melayu dan India didakwa menjadi faktor utama kesukaran memperolehi pekerjaan. Namun begitu, diskriminasi yang berlaku ke ts pencari kerja dan juga pekerja bukan sahaja melalui bangsa malah, juga berdasarkan kepada jantina, agama, ketidakupayaan, status perkhawinan, kehamilan dan Bahasa. Isu diskriminasi terhadappencari kerja dan pekerja menjadi topik yang semakin hangat yang diperkatakan susulan berita mengenai beberapa rangkaian hotel antarabangsa yang melarang pekerja wanita beragama Islam di bahagian khidmat pelanggan untuk tidak mmakai tudung ketika sedang bekerja. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat isu diskriminasi yang besar di tempat kerja. Pihak yang tertindas juga terlepas peluang dalam memperoleh pekerjaan...

KEPUPUSAN PEKERJAAN

Image
Menjelang tahun 2022, dunia bakal kehilangan hampir 75 juta jenis pekerjaan dan 133 juta pekerjaan baharu akibat daripada perkembangan teknologi. Laporan pekerjaan masa hadapan 2018 yang dirumuskan berdasarkan world economic forum dalam persidangan di Switzerland tahun lalu. Kebanyakanpekerjaan bakal pupus membabitkan beberapa kerja rutin seperti perkeranian, pentadbiran serta pekerja pemasangan dan kilang merangkumi kerani kemasukan data, setiausaha, akuantan dan juruaudit. Pekerjaan tersebut bakal diambil alih oleh pasaran baharu dan perkembangan teknologi baharu yang berasaskan teknologikecerdasan buatan (AI), digital, robotik dan teknologi baharu. Kesan dan trend ang berlaku dilalui ke atas semua rantaian pekerjaan di seluruh dunia. Sumber: Salman Hamat Amir Abd Hamid, Muhammad Saufi Hassan Dan Mahaizur Abd Malik. 2020. 75 Juta Kerja Bakal Pupus. Harian Metro. 7 Jun 2020.

PENGURUSAN KERJAYA

Image
Pengurusan kerjaya merupakan satu proses berterusan yang melibatkan persediaan, perlaksanaan dan pemantauan pelan kerjaya yang telah dibentuk oleh seseorang individu sanaada secara bersendiri atau pun selari dengan sistem kerjaya organisasi. Menurut Abdul Rahum Abdul Rashid (2006) pengurusan kerjaya merupakan suatu usaha secara sedar dan sistematik dalam merancang dan memantau perjalanan kerjaya oleh individu atau organisasi untuk mencapai matlamat oganisasi.             Menurut Sonia Blanfold (2004) terdapat beberapa kepentingan pengurusan kerjaya seperti memberi dorongan dan rangsangan kepada pemikiran yang positif dan berkeperibadian tinggi serta mulia. Pendedahan terhadap teknik-teknik dan skill yang boleh diguna pakai dlam melaksanakan tugasan harian dan berhadapan dengan cabaran semasa. Tahap dedikasi kerja yang tinggi, berkesan, berkemampuan dan brkebolehan dalam menjalankan tanggungjawab dan tugasan. Selain itu, pen...

HUBUNGAN MOTIVASI PEMBELAJARAN DENGAN PEMBANGUNAN KERJAYA

Image
Kegiatan ekonomi kini telah mengarah kepada percambahan ilmu dan dikendalikan secara ilmiah yang menggantikan kegiatan berupa industri pemasangan dan komoditi yang telah tertinggal (Beck 1995). Kemampuan individu untuk menerokai bidang ilmu pembelajaran semakin meningkat dan menarik ramai orang untuk mempelajarinya. Cappelli , Clarke dan Clegg, Parker (2000) menganjurkan dari hanya bergantung kepada latihan yang formal dan panduan dari atasan individu perlu untuk membina kemampuan sendiri melalui pembelajaran kendiri atau pengalaman yang dilalui sepanjang penugasan atau persekitaran sosial. Pembelajaran terhasil dari dua cara iaitu melalui cara pertama apabila dipengaruhi oleh pengalaman hasil dari kerja dan aktiviti yang dibuat dan kedua melalui pembelajaran kendiri (self directed learning) atau tindakan lebih awal oleh individu terhadap motivasi ilmu ( Kolb 2001).            Hovliaras (2007) menganjurkan arah dan hala tuju untuk laluan kerjaya adal...

HUBUNGAN PERSONALITI PROAKTIF DENGAN PEMBANGUNAN KERJAYA

Image
Perubahan, peningkatan atau penambahbaikan di dalam kerjaya merupakan satu bentuk pembangunan kerjaya. Ini terbentuk dari sikap atau gelagat keinginan untuk berubah dan merupakan salah satu dimensi proaktif. Bateman dan Crant (1993) menegaskan bahawa personaliti proaktif adalah hasil dari penyusunan semula tindakan. Crant (1995) menyatakan personaliti proaktif ini adalah sikap yang mampu memberi kesan perubahan kepada persekitaran tanpa di batas oleh kekangan situasi dan mempunyai kekuatan tersendiri. Kajian juga mendapati individu yang proaktif akan bertindak mempelajari apa-apa perubahan kerana mereka akan mampu mengenal pasti dan mengambil peluang melakukan satu perubahan yang menguntungkan mereka (Seibert 1999). Beliau juga menegaskan bahawa individu yang tidak mempamerkan personaliti proaktif akan lebih reactive dan hanya mampu berada pada tahap status quo di dalam kontak kerjaya mereka . Seibert, Kraimer dan Crant (2001) menyatakan bahawa kajian yang dibuat menunjukkan pe...

PEMBANGUNAN KERJAYA

Image
Aktiviti yang berterusan dalam meningkatkan atau mengubah kerjaya sehingga terhasil kepuasan kerjaya dinyatakan sebagai pembangunan kerjaya. McDanieals dan Gysbers (1992) mendefinisikan pembangunan kerjaya sebagai rangkuman faktor psikologi, sosiologi, pengetahuan, fizikal, ekonomi dan keinginan untuk berubah membentuk kerjaya individu tersebut bagi sepanjang kehidupannya. Bernes dan Magnusson (1996) membuat definisi berkenaan pembangunan kerjaya adalah proses untuk mencapai pengkhususan dalam kerjaya dan memenuhi hasrat organisasi, termasuklah menyediakan maklumat kerjaya kepada pekerja, membantu pekerja mengenali motivasi dalam peluang kerjaya, menggalakkan pencapaian kepuasan kerja dan membaiki produktiviti kerja pekerja. Watts (2003) menyatakan pembangunan kerjaya adalah proses berterusan yang bersangkutan dengan kerja dan pembelajaran. Sebagaimana proses itu berlaku ianya akan menentukan tahap dan kualiti individu tersebut tentang tujuan ia bekerja, ganjaran yang d...

PERBEZAAN ANTARA KERJA & KERJAYA

Image
1. KEBANYAKAN KERJA MEMBOSANKAN Apabila anda bekerja untuk sesuatu yang anda tidak suka, anda akan banyak menghabiskan masa melihat jam, menghitung detik waktu yang berjalan sehinggalah tamat waktu kerja anda. Satu perbezaan yang amat ketara apabila anda bekerja dalam bidang yang anda betul-betul minati. Apabila anda meluangkan masa untuk mengerjakan apa yang anda betul-betul mahir, anda akan tidak sedar seakan waktu berjalan dengan begitu pantas. Disebabkan ianya adalah sesuatu yang anda minati, anda akan cuba untuk meningkatkan prestasi diri dan syarikat.   Perbezaan di antara kerja dan kerjaya, kerja membuatkan anda merasa cepat bosan dan selalu rasa mengantuk. Manakala, kerjaya memberikan anda rasa bahagia sehingga segala pekerjaan anda akan terhasil dengan sempurna dan sepenuh hati. 2. UNTUK JANGKA MASA YANG PANJANG Pernahkah anda bertanya dengan diri anda, adakah anda bekerja untuk jangka masa yang singkat atau untuk jangka masa yang lama? Jika anda memilih untuk...