PERBEZAAN ANTARA KERJA & KERJAYA
1.
KEBANYAKAN KERJA MEMBOSANKAN
Apabila
anda bekerja untuk sesuatu yang anda tidak suka, anda akan banyak menghabiskan
masa melihat jam, menghitung detik waktu yang berjalan sehinggalah tamat waktu
kerja anda. Satu perbezaan yang amat ketara apabila anda bekerja dalam bidang
yang anda betul-betul minati.
Apabila anda meluangkan masa untuk
mengerjakan apa yang anda betul-betul mahir, anda akan tidak sedar seakan waktu
berjalan dengan begitu pantas. Disebabkan ianya adalah sesuatu yang anda
minati, anda akan cuba untuk meningkatkan prestasi diri dan syarikat. Perbezaan
di antara kerja dan kerjaya, kerja membuatkan anda merasa cepat bosan dan
selalu rasa mengantuk. Manakala, kerjaya memberikan anda rasa bahagia sehingga
segala pekerjaan anda akan terhasil dengan sempurna dan sepenuh hati.
2. UNTUK
JANGKA MASA YANG PANJANG
Pernahkah
anda bertanya dengan diri anda, adakah anda bekerja untuk jangka masa yang
singkat atau untuk jangka masa yang lama? Jika anda memilih untuk bekerja dalam
jangka masa yang panjang, anda akan memikirkan tentang banyak hal. Di mana
ianya akan memberi kesan di masa akan datang. Anda perlu merancang dan fikirkan
bagaimana kemahiran dan minat yang anda ada akan membantu syarikat serta diri
anda untuk maju ke hadapan.
Perbezaan di antara kerja dan kerjaya
ialah apabila anda hanya bekerja untuk jangka masa yang singkat, motivasi untuk
menghasilkan kerja yang bagus sukar untuk diperolehi sepenuhnya. Akan tetapi,
ia akan menjadi lebih baik jika anda mempunyai rancangan untuk menyambung
pekerjaan anda untuk jangka masa yang panjang apabila anda sudah selesa dengan
pekerjaan yang anda lakukan.
3. MENAMBAH
PENGALAMAN
Perbezaan di
antara kerja dan kerjaya ialah orang yang mementingkan kerjaya tidak akan
menghiraukan tentang wang, sebaliknya mereka mementingkan pengalaman yang
mereka boleh dapati daripada pekerja-pekerja yang lebih berpengalaman. Mereka
bersedia untuk mempelajari benda-benda baharu untuk mempertingkatkan prestasi
kerja mereka. Tetapi, jika anda seorang yang bekerja hanya untuk menambahkan
wang bulanan, anda adalah di antara orang-orang yang rugi. Ini kerana, walaupun
anda seorang pekerja yang bagus, ilmu anda hanya akan berada di tahap yang
sama. Berbanding dengan orang yang selalu bertukar-tukar ilmu dengan rakan
sekerja yang lain. Sifat rajin bertanya ini akan membantu mereka dalam
memperbaiki dan meningkatkan kemahiran mereka dalam melakukan pekerjaan mereka
di hari-hari mendatang.
4. MONDAY
BLUES
Ahh pagi
isnin. Pastinya bukan hari yang paling digemari oleh semua orang, tapi tidak
kepada para pekerja yang menyukai kerja yang dilakukan oleh mereka. Apabila
anda melakukan kerja yang memang kena dengan minat anda, anda akan merasa
teruja untuk memulakan kerja pada setiap pagi dan menjadikan minggu anda
produktif dan lebih efektif. Berbeza apabila anda hanya sekadar kerja tapi
tidak menyukai pekerjaan yang anda lakukan, anda akan merasakan cuti hujung
minggu anda tidak mencukupi dan anda paling malas untuk memulakan hari setiap
kali pagi isnin tiba.
5.
TINGKATKAN PRESTASI DIRI
Apabila anda
berada dalam situasi kerja yang tidak anda sukai, anda akan banyak meluangkan
masa dengan mencari peluang untuk menukar kerja baru. Job hunting sebenarnya
amat memenatkan dan susah untuk didapati dalam masa yang singkat. Jika anda
mencari kerja baru sedangkan anda masih bekerja di syarikat lama, anda pasti
akan mencuri masa ketika kerja untuk mencari jawatan-jawatan kosong di syarikat
lain, dimana ianya adalah satu perbuatan yang tidak bagus. Berbeza apabila anda
berada dalam satu organisasi yang anda sukai, anda akan menghabiskan masa dan
tenaga dalam membangunkan reputasi diri anda, membina lebih banyak rangkaian,
dan mempunyai matlamat yang kukuh untuk memperbaguskan kemahiran yang anda ada.
Apa yang anda lihat melalui perbezaan di antara kerja dan kerjaya itu tidak
menjadi satu masalah. Akan tetapi, admin sarankan anda semua untuk meneliti dan
fahami diri anda sendiri dahulu dan cari dimana sebenarnya kemahiran diri anda
terletak. Anda tidak perlu memaksa diri anda sendiri untuk melakukan sesuatu
yang tidak anda gemari. Ingatlah bahawa hidup ini hanya sekali, jangan pernah
sia-siakannya selagi jantung anda masih berdegup.
Sumber:

Comments
Post a Comment