Posts

Showing posts from April, 2020

Apa Itu Kerjaya?

Image
Kerjaya meliputi keseluruhan kriteria yang diimpikan oleh seseorang individu dalam proses pemilihan pekerjaan mengikut kehendak, minat, bakat, kebolehan, kemahiran dan kelayakan dalam memperolehi pekerjaan yang baik kepada masa depan seseorang. Tidak dapat dinafikan bahawa jenis pekerjaan yang dipilih akan mempengaruhi konsep kendiri, nilai, kesejahteraan dan kepuasan hidup seseorang individu. Kehidupan masyarakat demokrasi generasi muda pada masa kini lebih banyak peluang dan kebebasan serta tanggungjawab yang lebih baik untuk membuat keputusan berkenaan dengan pilihan jenis pekerjaan atau cara hidup masing-masing pada masa hadapan. (Colleta, 1973). Kerjaya adalah sebagai satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hayatnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan. Proses kerjaya merupakan satu proses yang berterusan dengan seseorang itu meliibatkan d...