Apa Itu Kerjaya?
Kerjaya meliputi
keseluruhan kriteria yang diimpikan oleh seseorang individu dalam proses
pemilihan pekerjaan mengikut kehendak, minat, bakat, kebolehan, kemahiran dan
kelayakan dalam memperolehi pekerjaan yang baik kepada masa depan seseorang. Tidak
dapat dinafikan bahawa jenis pekerjaan yang dipilih akan mempengaruhi konsep
kendiri, nilai, kesejahteraan dan kepuasan hidup seseorang individu. Kehidupan
masyarakat demokrasi generasi muda pada masa kini lebih banyak peluang dan
kebebasan serta tanggungjawab yang lebih baik untuk membuat keputusan berkenaan
dengan pilihan jenis pekerjaan atau cara hidup masing-masing pada masa hadapan.
(Colleta, 1973).
Kerjaya
adalah sebagai satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang
individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang
hayatnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.
Proses kerjaya merupakan satu proses yang berterusan dengan seseorang itu
meliibatkan diri dalam siri tugas perkembangan yang perlu bagi perkembangan
peribadi dalam dunia pekerjaan (Sidek Mohd Noah, 2002). Kerjaya turut
merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum
bekerja dan juga peranan-peranan lain yang dilakukan olehnya selepas bersara.
Selain itu, kerjaya juga merupakan satu siri keadaan yang berlaku secara
berturutan dalam kehidupan seseorang yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya,
peranan yang dimainkan serta status seseorang sepanjang kehidupannya (Paul dan
Jean, 2007; Sidek Mohd Noah 2002).
Sumber Rujukan
Ali, Azlah Md, Rozeyta Omar, Azeyan Awe,
Farhana Hanim Mohsin dan Intan Shahnaz Zulkifli. 2009. “Persepsi
Pekerja Terhadap Strategi Pembangunan Kerjaya dalam Organisasi: Satu Kajian Di
Johor Corporation, Johor Darul Takzim.”
Hamzah, Naemah, Mohd Ismail, Mustari, dan
Bushrah Basiron. 2013. “Keperluan Kemahiran Sains dan Teknologi dalam
Pengurusan Rumah Tangga dan Kerjaya Masa Kin”.

Comments
Post a Comment