DISKRIMINASI TRHADAP PENCARI KERJA
Pusat
Penyelidikan Swasta, Centre For
Governance and Political Studies (Cent-GPS) telah menyatakan bahawa wujud
unsur diskriminasi dalam pencarian kerja khususnya berdasarkan warna kulit
pemohon. Berdasarkan kajian tersebut, seseorang pencari kerja yang berbangsa
Melayu dan India didakwa menjadi faktor utama kesukaran memperolehi pekerjaan.
Namun begitu, diskriminasi yang berlaku ke ts pencari kerja dan juga pekerja
bukan sahaja melalui bangsa malah, juga berdasarkan kepada jantina, agama,
ketidakupayaan, status perkhawinan, kehamilan dan Bahasa.
Isu
diskriminasi terhadappencari kerja dan pekerja menjadi topik yang semakin
hangat yang diperkatakan susulan berita mengenai beberapa rangkaian hotel
antarabangsa yang melarang pekerja wanita beragama Islam di bahagian khidmat
pelanggan untuk tidak mmakai tudung ketika sedang bekerja. Hal ini menunjukkan
bahawa terdapat isu diskriminasi yang besar di tempat kerja. Pihak yang
tertindas juga terlepas peluang dalam memperoleh pekerjaan yang setaraf dengan
kelulusan sekali gus memberikan kesan negative kepada pencari kerja. Situasi
seperti ini yang membolehkan peningkatam kadar pengangguran dalam kalangan
siswazah. Hal ini demikian kerana mereka berkemungkinan besar terpaksa mencari
pekerjaan di luar bidang dan dibayar gaji yang tidak setimpal dengan kelulusan
yang dipeoleh ketika pengajian.
Sumber:
Isabelle
leong. 2019. Diskriminasi terhadap pencari kerja: apa anda perlu tahu?. Astro awani.
26 September 2019.

Comments
Post a Comment