HUBUNGAN MOTIVASI PEMBELAJARAN DENGAN PEMBANGUNAN KERJAYA



Kegiatan ekonomi kini telah mengarah kepada percambahan ilmu dan dikendalikan secara ilmiah yang menggantikan kegiatan berupa industri pemasangan dan komoditi yang telah tertinggal (Beck 1995). Kemampuan individu untuk menerokai bidang ilmu pembelajaran semakin meningkat dan menarik ramai orang untuk mempelajarinya. Cappelli , Clarke dan Clegg, Parker (2000) menganjurkan dari hanya bergantung kepada latihan yang formal dan panduan dari atasan individu perlu untuk membina kemampuan sendiri melalui pembelajaran kendiri atau pengalaman yang dilalui sepanjang penugasan atau persekitaran sosial. Pembelajaran terhasil dari dua cara iaitu melalui cara pertama apabila dipengaruhi oleh pengalaman hasil dari kerja dan aktiviti yang dibuat dan kedua melalui pembelajaran kendiri (self directed learning) atau tindakan lebih awal oleh individu terhadap motivasi ilmu ( Kolb 2001).
           Hovliaras (2007) menganjurkan arah dan hala tuju untuk laluan kerjaya adalah dengan sentiasa memperoleh perkembangan terbaru mengenai tren, teknologi dan perubahan perundangan serta memiliki kemahiran yang tinggi menerusi pembelajaran berterusan. Pendekatan secara proaktif ini merupakan perencanaan yang penting dalam kerjaya dan boleh meluaskan perspektif terhadap kerjaya sedia ada sama ada meneruskan kerjaya atau beralih kepada kerjaya yang lain hasil dari motivasi pembelajaran yang diperoleh. Konsep memperoleh pembelajaran melalui cara ini adalah konsep pembelajaran kendiri (self directed learning) yang mempunyai hubung kait dengan motivasi dan sikap proaktif.
      Pembelajaran bukan sahaja melalui proses secara formal malah pembelajaran kendiri juga termasuk pembelajaran secara kumpulan, menyambung pelajaran di institusi pembelajaran, semasa perbincangan dalam seminar profesional. Pada masa ini pembelajaran diperluaskan menerusi penulisan journal, artikel dan kertas akademik yang dimasukkan ke dalam internet merupakan ciri-ciri pembelajaran kendiri. Proses pembelajaran ini juga merupakan satu sikap memperoleh motivasi kompetensi kerjaya yang mampu mengubah persekitaran dan budaya kerja.

Sumber:
Al Mansor Abu Said. .2010. Pengaruh Personaliti Proaktif Dan Motivasi Pembelajaran Keatas Pembangunan Kerjaya. About Research.

Comments

Popular posts from this blog

MODUL KESEDIAAN KERJAYA BERDASARKAN TEORI COGNITIVE INFORMATION PROCESSING (CIP)

KERJAYA 'KOLAR BAHARU' DI MALAYSIA

PEMBANGUNAN KERJAYA