Kerjaya dan Pembandaran
Kerjaya dan
Pembandaran menurut pandangan saya merupakan salah satu hasil daripada impak
peluang pekerjaan penduduk di kawasan pembandaran tersebut. Terhasilnya sebuah
pembandaran yang pesat dengan kemajuan adalah disebabkan faktor penduduk yang
telah berjaya membuka dan memperolehi peluang kerjaya yang lebih baik di
kawasan tersebut. Pelbagai kemudahan yang telah disediakan di kawasan bandar
juga merupakan hasil kemajuan peluang pekerjaan yang luas sehingga berjaya
membawa perubahan yang besar dalam sesebuah pembandaran. Limpahan penduduk di
sesebuah bandar telah memberi kesan kepada proses pembandaran.
Menurut Abdul Rahman Embong dalam karyanya Pembandaran
dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia telah menyatakan bahawa usaha
pembentukan komuniti di kawasan bandar telah terbentuk dengan utuh dalam
kalangan masyarakat bandar. Penghuni bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor
Bahru dan Pulau Pinang memutuskan untuk tinggal dan bekerja di bandar tersebut.
Hal ini demikian kerana mereka sudah sebati dengan kehidupan bandar dan juga
kerana soal praktikal tetapi sebahagian besar penduduk menganggap bandaraya
sebagai laluan tempat membina kerjaya dan juga mengembangkan bakat mereka dalam
bidang kerjaya yang lebih baik.
Menjelang
abad ke 21, tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian orang semakin meningkat
untuk tinggal di bandar-bandar yang sedang dihadapi oleh negara-negara yang
sedang pesat membangun terutamanya dalam peningkatan tahap urbanisasi
bertepatan dengan perluasan peluang ekonomi dan pekerjaan yang lebih produktif
(Gregory Randolph & Dhruv Jain, 2016). Proses urbanisasi yng berlaku ini telah
mewujudkan laluan untuk jaringan ekonomi dan mobiliti sosial di kawasan
tersebut.

Comments
Post a Comment