STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA
Antara strategi utama untuk
seseorang itu memilih jenis kerjaya dalam proses kehidupan harian adalah dengan
mengenalpasti ciri-ciri individu tersebut dalam pelbagai krakter termasuklah seperti
personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu. Hal ini demikian kerana
aspek atau ciri seperti ini amat penting kepada setiap individu dalam mengenal
potensi yang ada pada diri sendiri dalam pengurusan serta pemilihan kerjaya
yang betul dan tepat. Hal ini sangat penting dalam membantu seseorang individu
untuk terus kekal dalam sesuatu kerjayanya. Selain itu, seseorang individu juga
harus mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan yang semakin
mendapat tempat dalam pertumbuhan ekonomi. Hal ini demikian kerana pekerjaan
yang semakin popular dalam pertumbuhan ekonomi dapat membantu seseorang pekerja
meningkatkan taraf hidup dan pendapatan isi rumanhya secara kesseluruhan. Dalm
erti kata lain, seseorang individu yang sedang mencari peluang pekerjaan perlu
mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan berkaitan kerjaya dan
mengenali dunia atau trend pekerjaan yang semakin diminati oleh sesebuah negara.
Hal ini penting untuk memudahkan seseorang individu membuat pemilihan kerjaya
demi membantu meningkatkan kualiti hidup diri dan keluarga. Akhir sekali, seseorang individu yang sedang
dalam proses mencari pekerjaan harus sentiasa bijak dalam memilih kerjaya
mengikut potensi diri dan minat terhadap kerjaya tersebut. Hal ini demikian
kerana pemilihan kerjaya yang sesuai sangat penting dalam memastikan seseorang
individu tersebut dalam berada dalam dunia kerjaya yang sesuai dan diminatinya.
Sumber;
Laman
Kerjaya, Universiti Pendiidikan Sultan Idris Shah
https://lamankerjaya.blogspot.com/2011/11/pemilihan-kerjaya.html

Comments
Post a Comment