KONSEP PEMILIHAN KERJAYA
Seseorang individu akan cuba
mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan
membenarkan ekspresi diri. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada
sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri
yang ada pada dirinya untuk kesinambungan hidup. Semakin hampir keselarasan
antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan,
maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang
berkenaan yang diceburi dan diminatinya. Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian
dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah minat antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.
Sumber:
Laman
Kerjaya, Universiti Pendiidikan Sultan Idris Shah
https://lamankerjaya.blogspot.com/2011/11/pemilihan-kerjaya.html

Comments
Post a Comment